MUARA SUNGAI SONGSANG

Sekitar Tahun 1780an, Penduduk dari sekitar Kg Berhala Gantang telah meneroka Sungai Semantan untuk mencari bijih timah, emas dan hasil hutan dengan memudiki Sungai Semantan. Selain mencari hasil, penduduk juga telah membuka perkampungan di tebing sungai seperti Kg Songsang, Kg Gantok, Kg Sg Dingin, Kg Chatin hingga ke Kg Janda Baik....

SELAMAT DATANG

Pengunjung laman blog dialu alukan untuk menyumbang berita dan pendapat untuk kebaikan bersama..

MADAH BULANAN

" ILTIZAM UNTUK KEMAKMURAN MUKIM"

Cari Blog Ini

Madah Januari 2011 : " Gagal Merancang Bermakna Merancang Untuk Gagal.."

Khamis, 15 April 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN GERAN TANAH KEPADA PESERTA FELCRA GONG

Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Pahang pada 08 April 2010 di Felcra Gong, Mukim Jenderak. Tahniah kepada para penerima geran tanah agar kurniaan ini dimengertikan sebagai menghargai kemakmuran negara kita..

UNIT KAWALAN KESELAMATAN KAMPUNG

Taklimat Penubuhan Unit Kawalan Keselamatan Kampung telah diadakan di Bilik Gerakan Daerah Temerloh pada 06 April 2010 dan arahan telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa untuk menubuhkan UKKK diperingkat Kampung khususnya di Kampung yang mempunyai indeks jenayah yang tinggi. Untuk permulaan, Mukim Songsang akan mengerakkan urusetia UKKK diperingkat Mukim dengan memberi penjenamaan semula dan mempertingkatkan peranan Biro Keselamatan setiap JKKK. Urusetia UKKK Peringkat Mukim akan dianggotai oleh :
Penghulu ( Pengerusi )
Pembantu Tadbir ( Setiausaha )
Pengerusi Pengerusi Biro Keselamatan JKKK

MAJLIS SUAI KENAL PENGHULU BERSAMA PENGERUSI JKKK

Majlis suai kenal Penghulu bersama Pengerusi JKKK telah diadakan pada 02. April 2010 ( Jumaat ) di Bilik Gerakan Mukim Songsang. Majlis ini telah dihadiri oleh semua Pengerusi JKKK yang terletak di dalam Mukim Songsang. Selain memperkenalkan diri dan maklumat kawasan pentadbiran JKKK, majlis ini juga telah bersetuju untuk menubuhkan Koperasi Mukim Songsang Berhad dan Majlis Permaufakatan Mukim Songsang sebagai usaha menghargai kemakmuran Negara ini...

PENGHULU BARU MUKIM SONGSANG

Bertarikh 01 April 2010, Mukim Songsang menerima Penghulu yang baru dilantik iaitu Saudara Jamaludin bin Ayub. Beliau merupakan akan kelahiran Kampung Mengkarak, Bera, Pahang DM dan mendapat pembelajaran rendah di Sekolah Kebangsaan Durian Tawar sebelum melanjutkan persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkarak ( SRP ) serta Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh ( SPM ). Seterusnya melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia dalam bidang Penilaian Hartanah dan Universiti Malaya dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia. Berpengalaman lebih 15 tahun dalam pelbagai Syarikat dan Kerajaan sebelum dilantik ke jawatan ini. Beliau telah berumahtangga dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Bidang lanskap merupakan hobi masa lapang beliau selain mendalami pengetahuan dalam pelbagai kemahiran.

SELAMAT DATANG


















Laman Blog ini disediakan sebagai salah satu wadah untuk kemudahan semua bagi saling berkomunikasi dan menyampaikan informasi untuk kebaikan dan kemajuan Mukim Songsang. Laman Blog ini diuruskan oleh Pejabat Penghulu Mukim Songsang dan sebarang maklumat bolehlah terus dihantar ke laman blog ini atau melalui email mukimsongsang@gmail.com

Terimakasih diatas perhatian semua..

Ikhlas dari..

Jamaludin Ayub
facebook.com/jamaludin ayub
Penghulu Mukim Songsang
Temerloh, Pahang Darul Makmur