MUARA SUNGAI SONGSANG

Sekitar Tahun 1780an, Penduduk dari sekitar Kg Berhala Gantang telah meneroka Sungai Semantan untuk mencari bijih timah, emas dan hasil hutan dengan memudiki Sungai Semantan. Selain mencari hasil, penduduk juga telah membuka perkampungan di tebing sungai seperti Kg Songsang, Kg Gantok, Kg Sg Dingin, Kg Chatin hingga ke Kg Janda Baik....

SELAMAT DATANG

Pengunjung laman blog dialu alukan untuk menyumbang berita dan pendapat untuk kebaikan bersama..

MADAH BULANAN

" ILTIZAM UNTUK KEMAKMURAN MUKIM"

Cari Blog Ini

Madah Januari 2011 : " Gagal Merancang Bermakna Merancang Untuk Gagal.."

Khamis, 5 Ogos 2010

TAKLIMAT PELANCONGAN AGRO PELANCONGAN


SEKITAR PRODUK AGRO PELANCONGAN
YANG AKAN DITAWARKAN DI MUKIM SONGSANG

Demostrasi Menoreh Getah
Menginap di rumah Tradisional Melayu
Mendapat Pengalaman di Perkampungan Masyarakat Asli

Merasai Cabaran Di Sangkar Ikan Sungai Semantan

Bersawah Padi...dan lain lain produk yang akan menyusul...

Taklimat yang dijalan oleh Pengarah, Malaysia Tourism Malaysia ini telah diadakan pada 06 Ogos 2010 ( Jumaat ) bermula jam 03.00 petang di Bilik Gerakan Mukim Songsang. Objektif taklimat ini adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang peluang yang boleh disertai dalam Projek Pelancongan Agro Mukim Songsang.

Pentadbiran Mukim Songsang merakamkan jutaan terimakasih kepada semua yang terlibat.

PROGRAM ZIARAH SAUDARA BARU DAN ORANG KURANG UPAYA




















dianjurkan oleh Pejabat Penghulu Mukim Songsang dengan kerjasama Penaja yang sudi menghulurkan sumbangan kepada golongan Saudara Baru Islam dan Orang Kurang Upaya di Mukim Songsang. Aktiviti telah diadakan akan pada 18 Ogos 2010 bermula jam 11 pagi hingga jam 1 tengahari. Kumpulan yang turut disertai oleh SUKARELAWAN MUKIM SONGSANG telah megadakan ziarah ke Perkampungan Masyarakat Asli Paya Mengkuang dengan diketuai oleh Penghulu Mukim Songsang dan Penghulu Mukim Mentakab II.

Insyallah, siri kedua akan diadakan dalam masa terdekat untuk merealisasikan sasaran sebanyak 40 buah penerima dapat diziarah sempena Bulan Ramadhan ini. Kerjasama dan sumbangan mana mana pihak masih dialu alukan....



DATA PENDUDUK DAN KEDIAMAN MUKIM SONGSANG

Statistik Penduduk dan Kediaman Mukim Songsang 2010

Tempat Kediaman Didiami : 475 buah
Tempat Kediaman Kosong : 181 buah
Jumlah Tempat Kediaman : 656 buah

Penduduk - MELAYU : 1366 orang
- ORANG ASLI : 271 orang
- CINA : 8 orang
- INDIA : Tiada
- WARGA ASING : 251 orang

JUMLAH : 1896 orang

Pentadbiran Mukim Songsang juga merakamkan jutaan terimakasih kepada Pasukan Petugas Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 yang telah menjalankan kerja pembancian di Mukim Songsang.