MUARA SUNGAI SONGSANG

Sekitar Tahun 1780an, Penduduk dari sekitar Kg Berhala Gantang telah meneroka Sungai Semantan untuk mencari bijih timah, emas dan hasil hutan dengan memudiki Sungai Semantan. Selain mencari hasil, penduduk juga telah membuka perkampungan di tebing sungai seperti Kg Songsang, Kg Gantok, Kg Sg Dingin, Kg Chatin hingga ke Kg Janda Baik....

SELAMAT DATANG

Pengunjung laman blog dialu alukan untuk menyumbang berita dan pendapat untuk kebaikan bersama..

MADAH BULANAN

" ILTIZAM UNTUK KEMAKMURAN MUKIM"

Cari Blog Ini

Madah Januari 2011 : " Gagal Merancang Bermakna Merancang Untuk Gagal.."

Ahad, 28 November 2010

KURSUS PENTADBIRAN TANAH ( ASAS )


Y.Bhg Penghulu Mukim Songsang telah menghadiri Kursus Pentadbiran Tanah ( Asas ) di Institut Ukur dan Pemetaan Tanah ( INSTUN ) , Tanjung Malim mulai 23 hingga 26 November 2010. Kursus ini telah memberikan pendedahan mengenai aspek Perundangan khususnya Kanun Tanah Negara dalam mentadbira Mukim dan Tanah keseluruhannya...

MESYUARAT JK PENGELOLA KEM MOTIVASI REMAJA MUKIM SONGSANG


Mesyuarat telah diadakan di Bilik Gerakan Mukim Songsang dengan kehadiran oleh Setiausaha JKKK serta Pengerusi Biro Pendidikan JKKK. Mesyuarat yang telah diadakan pada 12 November 2010 ini juga telah dihadiri oleh Pengetua Maahad Tahfiz FAKEH, Badan Kebajikan Keluarga Hj marwan dan Penggerak Masyarakat Kg Paya Mengkuang. Mesyuarat yang bermula pada jam 05.00 petang ini telah dipengerusikan oleh Y.Bhg Penghulu dengan agenda utamanya untuk menganjurkan sat aktiviti Kem Motivasi kepada Remaja remaja di mukim Songsang sebagai salah satu hasrat untuk membentuk modal insan yang lebih bersahsiah dan mewarisi kepimpinan masa depan..

MESYUARAT JK PENGURUSAN DAN BEKALAN BENCANA MUKIM SONGSANG BIL 1/2010


Mesyuarat berkenaan telah diadakan pada 11 November 2010 di Balairaya Kg Lompat bermula jam 03.00 petang telah dipengerusikan oleh Y.Bhg Penghulu Mukim Songsang. Mesyuarat ini bertujuan untuk menubuhkan pasukan gerakan bantuan dan pengurusan banjir di peringkat mukim songsang dengan penglibatan semua Pengerusi JKKK dan Pengerusi Biro Keselamatan. Mesyuarat ini juga telah membincangkan dan membawa usul untuk tindakan pihat atasan bagi persediaan menghadapi banjir..

MAJLIS ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI PEJABAT DAERAH TEMERLOH


Majlis yang telah dirasmikan oleh YB Dato Sri Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang ini telah diadakan pada 08 November 2010 bermula jam 09.00 pagi. di Dewan Tun Razak, Temerloh. Selain diadakan upacara penyampaian anugerah perkhidmatan cemerlang kepada kakitangan PDT Temerloh, Majlis ini juga mendengar amanat khas dari YB Dato Sri Setiausaha Kerajaan Pahang mengenai kerjaya dan komitmen sebagai kakitangan Negeri Pahang.

Warga Mukim Songsang merakamkan penghargaan Tahniah kepada semua yang telah menerima APC dan mudah mudahan anugerah ini akan menjadi dorongan kepada semua warga PDT Temerloh...

SUKAN TADIKA KEMAS PERINGKAT MUKIM SONGSANG

Aktiviti kesukanan dan kemasyarakatan ini telah diadakan pada 06 November 2010 di Sekolah Kebangsaan Seri Songsang dan dirasmikan oleh Y.Bhg Penghulu Mukim Songsang. Aktiviti ini merupakan gabungan beberapa Tadika KEMAS yang terdapat di dalam Mukim Songsang.

Warga Mukim Songsang merakamkan tahniah kepada KEMAS Parlimen Temerloh, Barisan Jawatankuasa Tadika KEMAS yang terlibat, Guru Guru KEMAS serta semua pihak yang telah bekerjasama..

LAWATAN KE PARLIMEN MALAYSIA

Puan Roslizan ( Urusetia Lawatan ) bergambar di hadapan Parlimen
Penerangan Program dan Taklimat Pengurusan Mesyuarat JKKK oleh Penghulu Mukim Songsang
Jamuan Makan Tengahari Bersama YB Dato Hj Saifuddin Hj Abdullah
Ahli Parlimen Temerloh
Encik Hamitaf Mustaffa - Encik Shazudin Abu Rudin - Tok Penghulu Khaidir Azly


Pentadbiran Mukim Songsang telah menganjurkan Lawatan Sambil Belajar yang melibatkan semua JKKK di Mukim Songsang pada 01 November 2010 bermula dari jam 07 pagi. Lawatan ini diisi dengan aktiviti Bengkel Pemantapan Mesyuarat JKKK yang telah diadakan di Universiti Malaya City Campus. Sebelum para peserta memasuki Persidangan Parlimen, YB Dato Sri Ismail Sabri Yaakob telah sudi menaja jamuan makan tengahari dan YB Dato Ahli Parlimen Temerloh telah sama sama sudi meluangkan masa menyertai aktiviti rombongan ini.

Pentadbiran dan Warga Mukim Songsang merakamkan jutaan terimakasih kepada semua pihak yang telah sudi menghulurkan sumbangan dan kerjasama untuk menjayakan aktiviti ini...

SEMINAR JUALAN PELANCONGAN DOMESTIK

Seminar yang dianjurkan oleh Lembaga Penggalak Pelancongan Malaysia ini telah diadakan di Pulau Duyung, Kuala Terengganu mulai 27 hingga 31 Oktober 2010. Mukim Songsang bertuah kerana telah dipilih oleh Malaysia Tourism Pahang untuk menghantar wakil yang terdiri dari Y.Bhg Penghulu Mukim Songsang dan Setiausaha JKKK Kampung Gantok. Objektif Seminar ini adalah untuk mendapatkan pendedahan dan pengetahuan mengenai Industri Pelancongan khususnya Pelancongan Domestik yang bersesuaian dengan Projek Pelancongan Desa Mukim Songsang yang sedang dijayakan....

MESYUARAT PENGURUSAN MUKIM SONGSANG BIL 5/2010

Mesyuarat telah diadakan pada 26 Oktober 2010 bermula pada jam 03.00 petang di Bilik Gerakan Mukim Songsang. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Y.Bhg Penghulu Mukim Songsang ini telah membincangkan mengenai status permohonan projek kecil kemajuan kampung, isu isu semasa dan aduan awam, Cadangan Hari Keluarga Mukim Songsang serta lain lain maklumbalas. mesyuarat ini dihadiri oleh semua Pengerusi JKKK dan Setiausaha JKKK.

MESYUARAT JK DAKWAH DAN KEBAJIKAN BIL 2/2010

Mesyuarat yang telah diadakan pada 22 Oktober 2010 bermula jam 03.00 petang di Bilik Gerakan Mukim Songsang telah membincangkan mengenai pengemaskinian senarai ekasih dan penerima bantuan kebajikan. Pengerusi telah menyatakan mengenai Projek eKasih secara menyeluruh dengan tujuan untuk membantu golongan yang memerlukan sepenuhnya. Selain itu, penyelarasan dan hebahan secara menyeluruh juga akan dilaksanakan dalam aktiviti kerohanian dan keagamaan yang dijalankan di JKKK JKKK.

MESYUARAT JKKK KG LOMPAT

Mesyuarat yang telah diadakan pada 20 Oktober 2010 bermula jam 09.00 malam di Balairaya Kg Lompat antara lain telah membincangkan mengenai Permohonan Projek Projek Kecil Kemajuan Kampung serta Persediaan Menghadapi Bencana Banjir.

KURSUS PERUNDANGAN KOPERASI

Penghulu Mukim Songsang telah menghadiri Kursus berkenaan yang telah diadakan mulai 16 hingga 18 Oktober di Tok Bali, Kelantan. Kursus anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pengerak Koeprasi mengenai aspek perundangan yang wajar difahami dalam menguruskan dan mentadbir sesebuat koperasi...maklumat mengenai gerakan Koperasi boleh dilayari di skm.gov.my

Jumaat, 26 November 2010

MESYUARAT JK KESELAMATAN DAN PEMBANGUNAN BELIA MUKIM SONGSANG BILANGAN 2-2010

Mesyuarat telah diadakan pada 15 Oktober 2010 bermula jam 03.00 petang. Mesyuarat turut dihadiri oleh Pegawai RELA Daerah Temerloh yang telah memberikan taklimat dan perbincangan mengenai penubuhan dan pentadbiran Platun RELA di Mukim Songsang. Mesyuarat juga telah membincangkan Kertas Kerja Hari Keluarga Mukim Songsang.

Warga Mukim Songsang menjemput sebarang bentuk kerjasama dan penyertaan didalam kegiatan kemasyarakatan dan pembangunan modal insan di Mukim Songsang.

SUKAN SEKOLAH SERI SONGSANG 2010

Sukan Tahunan ini telah diadakan pada 13 Oktober 2010 di Padang Sek Seri Songsang. Warga Mukim Songsang merakamkan tahniah kepada Gurubesar, Guru Guru dan AJK PIBG diadata kejayaan menganjurkan aktiviti untuk murid dan keluarga ini. Moga semangat kesukanan dan kesukarelaan ini menjadi asas kepada kecemerlangan diri dan kemakmuran masyarakat di mukim Songsang...

MAJLIS JASAMU DIKENANG DAN JAMUAN AIDILFITRI MUKIM LIPAT KAJANG

Warga Mukim Songsang merakamkan penghargaan terimakasih atas jemputan ke Majlis JasaMu Dikenang dan Jamuan AidilFitri Mukim Lipat Kajang yang diadakan pada 01 Oktober 2010 bermula jam 05.00 petang di Perkarangan Balairaya Kg Lipat Kajang.

Sekalung penghargaan juga dihulurkan kepada Y.Bhg Tuan Haji Shamsuddin Said yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai Penghulu. Moga kerjaya dan kehidupan Tuan Haji terus dilindungi dan mendapat kerahmatan Illahi....

JAMUAN AIDILFITRI BADAN MAUFAKAT KERANI PENGHULU DAERAH TEMERLOH

Sekalung Tahniah kepada Badan Maufakat Kerani Kerani Penghulu Daerah Temerloh yang telah berjaya menganjurkan Jamuan Aidilfitri pada 01 Oktober 2010 di Pejabat Penghulu Mukim Songsang. Sekalung terimakasih juga diucapkan kepada rakan rakan Penghulu yang sudi meluangkan masa hadir dan jemputan jemputan....MAAF ZAHIR BATIN ..

LAWATAN KDYMM TENGKU MAHKOTA PAHANG

Baginda telah sudi mencemar duli untuk meninjau sendiri situasi dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa ribut di Mukim Lipat Kajang dan Mukim Jendera pada 22 September 2010. Sekalian rakyat di Mukim Songsang merakamkan penghargaan diatas keprihatinan yang dihulurkan....DAULAT TUANKU !!

MAJLIS BERBUKA BERSAMA YAB MENTERI BESAR PAHANG

Penghulu Penghulu Negeri Pahang telah dijemput ke kediaman YAB Menteri Besar Pahang untuk Majlis Berbuka Bersama YAB Menteri Besar pada 8 September 2010. Jutaan penghargaan diucapkan diatas jemputan yang dibuat, moga hubungan Kepimpinan Kerajaan Negeri pahang dengan Barisan Penghulu terus utuh dan lebih akrab...

MERDEKA !!!

Perbarisan Kemerdekaan 2010 Peringkat Daerah Temerloh telah diadakan pada 31 Ogos 2010 di Mini Stadium Temerloh. Salam MERDEKA dari warga mukim songsang untuk seluruh rakyat Malaysia...." Negaraku, tanah tumpah.....

MAJLIS PENYAMPIAN SUMBANGAN DAN BERBUKA PUASA MAAHAD TAHFIZ FAKEH, KG RAJA

Majlis anjuran Pusat Maahad Tahfiz FAKEH di Kg Raja, Mukim Songsang ini telah diadakan pada 27 Ogos 2010 bermula jam 6.00 petang. Antara acara yang dijalankan adalah Majlis Khatam Pelajar Maahad Tahfiz, Penyampaian Sumbangan kepada warga emas dan miskin serta ceramah keagamaan.

MAJLIS PENYAMPAIAN ELAUN JKKK DUN MENTAKAB DAN BERBUKA PUASA

Majlis Penyampaian Elaun JKKK bagi semua JKKK di dalam DUN Mentakab ini telah diadakan pada 25 Ogos 2010 bermula jam 6.00 petang. Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato Chuah Boon Seong, ADUN Kawasan Mentakab. Antara perkara yang dimaklumkan adalah mengenai usaha untuk membasmi kemiskinan tegar dikalangan masyarakat di DUN Mentakab. Memohon kerjasama dan komitment semua pihak untuk merealisasikan falsafah RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

Pentadbiran Mukim Songsang merakam penghargaan terimakasih kepada YB Dato ADUN Mentakab.