MUARA SUNGAI SONGSANG

Sekitar Tahun 1780an, Penduduk dari sekitar Kg Berhala Gantang telah meneroka Sungai Semantan untuk mencari bijih timah, emas dan hasil hutan dengan memudiki Sungai Semantan. Selain mencari hasil, penduduk juga telah membuka perkampungan di tebing sungai seperti Kg Songsang, Kg Gantok, Kg Sg Dingin, Kg Chatin hingga ke Kg Janda Baik....

SELAMAT DATANG

Pengunjung laman blog dialu alukan untuk menyumbang berita dan pendapat untuk kebaikan bersama..

MADAH BULANAN

" ILTIZAM UNTUK KEMAKMURAN MUKIM"

Cari Blog Ini

Madah Januari 2011 : " Gagal Merancang Bermakna Merancang Untuk Gagal.."

Selasa, 22 Mac 2011

SUKANEKA DAN PEMERAN HARI KELUARGA MUKIM SONGSANG 2011


Sukaneka dan Pameran yang diadakan di Padang Bola, Kampung Raja merupakan acara kemuncah kepada sambutan Hari Keluarga Mukim Songsang 2011. Kehadiran YB Dato Chuah Boon Seong, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Mentakab yang telah sudi merasmikan Sambutan Hari Keluarga kali ini amatlah dihargai. Selain diadakan acara sukaneka yang mempertandingan kehebatan kontijen JKKK, acara untuk individu dan pertandingan mewarna juga mendapat sambutan hangat.
Kemeriahan aktiviti ini dimanfaatkan lagi dengan kehadiran beberapa agensi seperti Unit Hasil Pejabat Daerah Temerloh, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Kolej Komuniti Temerloh, AADK Temerloh dan sebagainya mengadakan pameran dan penerangan kepada pengunjung amatlah dihargai....


Isnin, 14 Mac 2011

CERAMAH AGAMA






Ceramah telah diadakan pada 11 Mac 2011 bermula jam 09.00 malam di Masjid Kg Raja.

Majlis Penyerahan Anak Angkat Kolej Komuniti

Ybhg Tok Penghulu Sedang Memberikan Ucapan Alu Aluan

Barisan Anak Angkat
Kehadiran Ketua Ketua Kampung


SAMBUTAN HARI KELUARGA MUKIM SONGSANG 2011

Sekalung tahniah kepada Warga Mukim Songsang !!
Sambutan Hari Keluarga Mukim Songsang 2011 telah berjaya diadakan sepertimana perancangan. Atas faktor cuaca, hanya aktiviti Gotong Royong sahaja yang tidak dapat dijayakan. Penyertaan seramai 33 orang pelajar Kolej Komuniti sebagai Anak Angkat telah memeriahkan Sambutan kali ini. Tidak ketinggalan pelbagai aktiviti yang dianjurkan telah sedikit sebanyak meningkatkan semangat muhibbah dan ukhwah dikalangan masyarakat...

MESYUARAT JAWATANKUASA RANCANGAN PEMBANGUNAN MUKIM BIL 1/2011

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Penghulu Mukim Songsang disertai oleh wakil Jabatan Kerajaan yang berkaitan serta Pengerusi JKKK. Objektif mesyuarat adalah untuk membincangkan isu dan perancangan yang berkaitan dengan kemajuan dan kesejahteraan di Mukim Songsang.

Mesyuarat ini telah diadakan pada 10 mac 2011 bermula jam 03.00 petang.

KURSUS TOT PEMADAM KEBANGSAAN

Penghulu Mukim Songsang telah menghadiri Kursus TOT Penceramah PEMADAM Kebangsaan Tahap 2 di Pusat Rakan Muda, Kemaman, Terengganu pada 1 hingga 3 mac 2011. Kursus ini bertujuan untuk melahirkan penceramah yang berkelayakan untuk aktiviti PEMADAM.

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=1848128650906&set=p.1848128650906

WALIMATUL URUS

Pengerusi JKKK Kampung Lompat, Encik Samerdin bin Ishak telah selamat menjayakan Walimatul Urus untuk anak perempuan beliau pada 24 februari 2011.
Warga Mukim Songsang merakam jutaan tahniah kepada Tok 4 Din..

MAJLIS PENYAMPAIAN ELAUN JKKK

YB Dato Chuah Boon Seong, ADUN Kawasan Mentakab telah sudi meluangkan masa
untuk menyampaikan elaun JKKK bqagi bulan Disember 2010 di Bangunan UMNO
Parlimen Temerloh pada 24 Februari 2011 bermula jam 09.00 pagi.
Antara amanat yang disampaikan adalah agar semua Pengerusi dan Ahli Ahli
JKKK dapat melipat gandakan usaha dan komitmen untuk
menyampaikan perkhidmatan kesukarelaan kepada masyarakat...

Mukim Songsang di facebook.

bagi menyertai kemeriaahan facebook sebagai alternatif untuk maklumat dan hebahan, Mukim Songsang telah membuka akaun facebook sepertimana dialamat berikut..

http://www.facebook.com/profile.php?id=100001970293982

MESYUARAT PENUBUHAN KOPERASI MUKIM SONGSANG TEMERLOH BERHAD

Mukim Songsang memasuki dimensi baru dalam program keusahawanan dan ekonomi dengan tertubuhnya KOPERASI MUKIM SONGSANG, TEMERLOH BERHAD. Mesyuarat Penubuhan Koperasi berkenaan telah diadakan pada 15 Februari 2011 jam 3.00 petang di Balai Penghulu Mukim Songsang dengan perasmian oleh Y.Bhg Penghulu Mukim Songsang yang mewakil Y.Bhg Dato Pegawai Daerah Temerloh.

Koperasi ini merupakan sebuah Koperasi dalam aktiviti Perkhidmatan dengan fokus aktiviti perniagaan dalam Pelancongan terutama sebagai Agensi Pengembaraan dan Pelancongan Domestik, Perkhidmatan Bas Pelancong, Kampung Stay, Pemasaran Produk Kraf, Makanan Ringan dan yang berkaitan dengan industri pelancongan

WARGA MUKIM SONGSANG mengalu alukan penyertaan dan kerjasama
semua pihak untuk menjayakan Koperasi ini...

SEMBANG PETANG BERSAMA YB AHLI PERLIMEN TEMERLOH


Dato Saifuddin Abdullah

YB Dato Hj Saifuddin Bin Hj Abdullah, Ahli Parlimen Temerloh telah sudi meluangkan masa untuk bersama sama penduduk Kampung Lompat dalam Program Sembang Petang Bersama Ahli Parlimen Temerloh pada 16 Januari 2011. Warga Mukim Songsang merakamkan jutaan terimakasih diatas kesudian YB Dato turun padang untuk mendengar sendiri keluhan rakyat.
Moga lebih banyak kebaikan diperolehi dari hubungan Pemimpin dengan Masyarakat...

Khamis, 10 Februari 2011

BANJIR DI MUKIM SONGSANG

Padang Bola Kg Gantok

Tok Penghulu bersama krew sukarelawan melawat Kg Lompat

Muara Sungai Songsang

Menara Pemantau Banjir di Kg Lompat

Penghantaran Bantuan Bekalan Banjir ke Kg Gantok

Syukur kehadrat Allah SWT atas limpah RahmatNya, Mukim Songsang terselamat dari musibah banjir yang serius baru baru ini. Jika sebelum ini, Kg Lompat dijadikan 'penanda aras' mengenai tahap bencana banjir, tahun ini status air tidaklah serius dan tiada sebarang rumah kediaman yang dinaiki air.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa jalan kampung yang terputus hubungan dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan ringan. Tindakan pihak Kerajaan menyediakan jalan keselamatan / jalan alternatif telah membantu penduduk.

Juga dicadangkan agar lokasi jalan yang mudah dinaiki air ini dinaik taraf dengan kerja kerja penambakan jalan atau mengalih laluan yang lebih tinggi.

Pentadbiran Mukim Songsang merakamkan jutaan terimakasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak secara langsung membantu kebajikan masyarakat. Bekalan bantuan banjir juga sempat diagihkan kepada lebihkurang 40 buah rumah yang terputus hubungan.

Khamis, 20 Januari 2011

LAWATAN KERJA KE KG LOMPAT

Lawatan kerja Penghulu untuk Minggu 1 ( 03 - 07 Januari 2011 ) ditumpukan di kawasan pentadbiran JKKK Kampung Lompat. JKKK Kampung Lompat terdiri dari 2 Kampung kecil iaitu Kg Lompat dan Kg Padang Tenggala. JKKK dipengerusikan oleh Encik Samaredin bin Ishak. Antara kemudahan awam yang terdapat adalah :

1. Balairaya
2. Surau
3. Gelanggang Gasing
4. Gelangang Sepak Takraw
5. Surau Lama
6. Jambatan Gantung

Secara umumnya, kemudahan awam yang ada masih ditahap sederhana. Kerja baik pulih dan penyeliaan kemudahaan dan penggunaan yang lebih berkesan perlu diambil tindakan. Contohnya, Surau yang boleh dipertingkatkan kebersihan dan penggunaannya. Gelanggang gasing yang perlu dinaik taraf dan kawasan berpagar, Balairaya yang wajar dibesarkan, surau lama yang perlu diberi nafas semula, gelanggang sepaktakraw yang bersih dari najis kerbau serta lain lain aspek penyelenggaraan.

Masalah utama di JKKK Kg Lompat adalah populasi penduduk yang kurang ramai. Dengan hanya sebanyak 26 buah rumah yang ditadbir, Kg Lompat memerlukan satu anjakan baru dalam menyediakan ruang dan tapak untuk membangunkan rumah rumah khususnya untuk generasi muda.

Kawasan ini berpotensi untuk dijadikan projek Homestay Desa, tetapi kemudahan jalan masuk yang sangat sempit dan berbahaya kepada pengguna merupakan halangan utama kepada projek ini.

Surau lama dan kawasan sekelilingnya amat berpotensi dijadikan Pusat ( kem ) Latihan memandangkan ianya bersebelahan dengan Sungai Semantan.

terdapat 3 orang penduduk yang mengusahakan pengeluaran makanan ringan tetapi masih belum dapat dipasarkan secara komersial. Penyertaan Koperasi adalah dicadangkan untuk mempertingkatkan aktiviti pemasaran pengusaha.

Kegiatan ternakan ikan sangkar adalah aktiviti yang ketara di kawasan JKKK ini. Ianya masih boleh dipertingkatkan sepertimana di Kg Kemboja di Pekan dengan mengambilkira pembekalan makanan dan anak benih yang konsisten.

Ternakan kerbau belum disepadukan dan dijalankan secara besar besaran walaupun kawasan JKKK ini mempunyai kawasan paya yang sangat sesuai untuk ternakan kerbau. Satu perancangan strategik wajar dikenalpasti untuk membangunkan ternakan kerbau secara industri termasuk pusat penyelidikan ternakan kerbau...

Pentadbiran Mukim Songsang berterimakasih kepada Pengerusi dan Ahli JKKK yang telah memberikan kerjasama selama ini...

Selasa, 18 Januari 2011

GOTONG ROYONG TAPAK MASJID LAMA KG RAJA










MASJID LAMA KG RAJA ( KG SONGSANG )



Masjid ini dipercayai telah dibina sekitar tahun 1910 dan pernah terlibat dalam banjir besar 1926. Pembinaan masjid ini yang bersebelahan dengan Muara Sungai Songsang adalah untuk kemudahan penduduk Kampung Songsang dan penduduk sekitar untuk mendirikan solat berjemaah dan lain lain maksud.

Masjid yang dibina dari kayu papan yang dibuat khas oleh kariah dipercayai tidak menggunakan paku dan dengan struktur yang teguh ianya dapat bertahan dari ancaman banjir dan kesan perperangan.

Semasa Perang Dunia ke-2, zaman pendudukan Jepun ke Tanah Melayu, DYMM Sultan Abu Bakar bersama kerabat terdekat telah bersemayam di Kampung Songsang dengan mendiami sebuah rumah bersebelahan masjid ini. Masjid ini selain dijadikan tempat beribadat, juga dibina kubu perlindungan dibawah binaan masjid ini.

Selasa, 11 Januari 2011

SASARAN KERJA TAHUNAN 2011

Penghulu Mukim Songsang telah menyediakan Sasaran Kerja Tahunan - SKT 2011 sebagai salah satu komitmen untuk menjayakan aktiviti aktiviti Pentadbiran dan Pengurusan Mukim Songsang. SKT ini disediakan berpandukan kepada Peranan dan Senarai Tugas Penghulu yang digunapakai semasa. Selain itu, SKT ini juga telah diselaraskan dengan TAKWIM 2011 yang membolehlan SKT menjadi praktikal. Pejabat Penghulu Mukim Songsang mengalu alukan sebarang komen dan pandangan mengenai SKT yang disediakan...


TAKWIM 2011


Pejabat Penghulu Mukim Songsang telah menyiapkan TAKWIM 2011 PEJABAT PENGHULU MUKIM SONGSANG sebagai usaha untuk memantapkan peranan Pejabat Penghulu dalam mencapai Objektif yang telah ditetapkan.

IMBASAN AKTIVITI 2010










PENGHARGAAN 2010

Jamaludin Haji Ayub
Penghulu Mukim Songsang


Salam Ukhwah Untuk Semua Pengunjung....
2010 telah berlalu pergi, tanggal 01 April 2010 saya telah diberi tanggungjawab sebagai Penghulu Mukim Songsang, Daerah Temerloh, Negeri Pahang Darul Makmur. Sesungguhnya keizinanNya menempatkan saya ke jawatan ini sangatlah bermakna didalam rakaman kehidupan saya. Minat dan iltizam yang selama ini sentiasa berkobar kobar untuk menyumbangkan sesuatu untuk Nusa dan Bangsa terjawab dengan amanah ini.

Kepada barisan kepimpinan JKKK di Kampung Lompat, Kampung Raja, Kampung Gantok, Kampung Paya Keladan dan Kampung Tan Sri Yahya yang sentiasa menyokong idea dan pelaksanaan saya mentadbir dan menguruskan Mukim Songsang amatlah saya hargai. Mudah mudahan kerjasama sebegini lebih utuh dan berterusan. Tidak ketinggalan sepanjang komitmen 2010 ini, saya merakamkan penghargaan terimakasih tidak terhingga kepada semua pihak yang membantu dan menyokong....

salam ukhwah dari..

PENGHULU MUKIM SONGSANG

LAWATAN KE PARLIMEN MUKIM MENTAKAB 2

Tok Penghulu Wan

Tok Khaidir dan Tok Din

Posing dalam Muzium Negara

Ahli Rombongan Di Muzium Negara

Sempat Bergambar Bersama YB Datuk Rosnah ( Ketua Puteri UMNO )

YB Dato Saifuddin bersama Tok Din, Tok Wan dan Tok Khaidir

Ahli Rombongan JKKK Mukim Mentakab 2

3 Tok Penghulu : Yang Penting Kerjasama....

Rombongan sempat bergambar bersama Ahli Parlimen Temerloh

Penghulu Mukim Songsang telah dijemput untuk menyertai Lawatan ke Parlimen oleh JKKK Mukim Mentakab 2 pada 13 Disember 2010. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk merapatkan jalinan ukhwah bersama YB Ahli Parlimen Temerloh dan memantapkan iltizam ahli ahli JKKK di Mukim Mentakab 2 untuk tersu menabur bakti...