MUARA SUNGAI SONGSANG

Sekitar Tahun 1780an, Penduduk dari sekitar Kg Berhala Gantang telah meneroka Sungai Semantan untuk mencari bijih timah, emas dan hasil hutan dengan memudiki Sungai Semantan. Selain mencari hasil, penduduk juga telah membuka perkampungan di tebing sungai seperti Kg Songsang, Kg Gantok, Kg Sg Dingin, Kg Chatin hingga ke Kg Janda Baik....

SELAMAT DATANG

Pengunjung laman blog dialu alukan untuk menyumbang berita dan pendapat untuk kebaikan bersama..

MADAH BULANAN

" ILTIZAM UNTUK KEMAKMURAN MUKIM"

Cari Blog Ini

Madah Januari 2011 : " Gagal Merancang Bermakna Merancang Untuk Gagal.."

Khamis, 20 Januari 2011

LAWATAN KERJA KE KG LOMPAT

Lawatan kerja Penghulu untuk Minggu 1 ( 03 - 07 Januari 2011 ) ditumpukan di kawasan pentadbiran JKKK Kampung Lompat. JKKK Kampung Lompat terdiri dari 2 Kampung kecil iaitu Kg Lompat dan Kg Padang Tenggala. JKKK dipengerusikan oleh Encik Samaredin bin Ishak. Antara kemudahan awam yang terdapat adalah :

1. Balairaya
2. Surau
3. Gelanggang Gasing
4. Gelangang Sepak Takraw
5. Surau Lama
6. Jambatan Gantung

Secara umumnya, kemudahan awam yang ada masih ditahap sederhana. Kerja baik pulih dan penyeliaan kemudahaan dan penggunaan yang lebih berkesan perlu diambil tindakan. Contohnya, Surau yang boleh dipertingkatkan kebersihan dan penggunaannya. Gelanggang gasing yang perlu dinaik taraf dan kawasan berpagar, Balairaya yang wajar dibesarkan, surau lama yang perlu diberi nafas semula, gelanggang sepaktakraw yang bersih dari najis kerbau serta lain lain aspek penyelenggaraan.

Masalah utama di JKKK Kg Lompat adalah populasi penduduk yang kurang ramai. Dengan hanya sebanyak 26 buah rumah yang ditadbir, Kg Lompat memerlukan satu anjakan baru dalam menyediakan ruang dan tapak untuk membangunkan rumah rumah khususnya untuk generasi muda.

Kawasan ini berpotensi untuk dijadikan projek Homestay Desa, tetapi kemudahan jalan masuk yang sangat sempit dan berbahaya kepada pengguna merupakan halangan utama kepada projek ini.

Surau lama dan kawasan sekelilingnya amat berpotensi dijadikan Pusat ( kem ) Latihan memandangkan ianya bersebelahan dengan Sungai Semantan.

terdapat 3 orang penduduk yang mengusahakan pengeluaran makanan ringan tetapi masih belum dapat dipasarkan secara komersial. Penyertaan Koperasi adalah dicadangkan untuk mempertingkatkan aktiviti pemasaran pengusaha.

Kegiatan ternakan ikan sangkar adalah aktiviti yang ketara di kawasan JKKK ini. Ianya masih boleh dipertingkatkan sepertimana di Kg Kemboja di Pekan dengan mengambilkira pembekalan makanan dan anak benih yang konsisten.

Ternakan kerbau belum disepadukan dan dijalankan secara besar besaran walaupun kawasan JKKK ini mempunyai kawasan paya yang sangat sesuai untuk ternakan kerbau. Satu perancangan strategik wajar dikenalpasti untuk membangunkan ternakan kerbau secara industri termasuk pusat penyelidikan ternakan kerbau...

Pentadbiran Mukim Songsang berterimakasih kepada Pengerusi dan Ahli JKKK yang telah memberikan kerjasama selama ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan