MUARA SUNGAI SONGSANG

Sekitar Tahun 1780an, Penduduk dari sekitar Kg Berhala Gantang telah meneroka Sungai Semantan untuk mencari bijih timah, emas dan hasil hutan dengan memudiki Sungai Semantan. Selain mencari hasil, penduduk juga telah membuka perkampungan di tebing sungai seperti Kg Songsang, Kg Gantok, Kg Sg Dingin, Kg Chatin hingga ke Kg Janda Baik....

SELAMAT DATANG

Pengunjung laman blog dialu alukan untuk menyumbang berita dan pendapat untuk kebaikan bersama..

MADAH BULANAN

" ILTIZAM UNTUK KEMAKMURAN MUKIM"

Cari Blog Ini

Madah Januari 2011 : " Gagal Merancang Bermakna Merancang Untuk Gagal.."

Rabu, 28 Julai 2010

KURSUS PEMBINAAN LAMAN BLOG





Kursus berkenaan telah diadakan di Medan Info Desa Kerdau dengan penyertaan seramai 11 orang peserta yang terdiri dari wakil JKKK dalam Mukim Songsang dan Pembantu Tadbir Pejabat Penghulu. Kursus anjuran bersama Pusat Info Desa Kerdau, Kementerian Luar Bandar dan Pejabat Penghulu Mukim Songsang ini dikendalikan sendiri oleh Penghulu Mukim Songsang dan Penghulu Mukim Mentakab 2.

Pentadbiran ini merakamkan jutaan terimakasih kepada semua yang sudi memabantu kepada kejayaan aktiviti ini...

Mesyuarat Pengurusan Mukim Songsang Bil 4/2010

Mesyuarat ini telah diadakan pada 25 Julai 2010 bagi membincangkan status permohonan projek kecil, aduan awam dan lain lain cadangan untuk kemajuan dan kemakmuran Mukim Songsang. Mesyuarat ini juga telah bersetuju untuk menganjurkan Bengkel Pemantapan JKKK yang akan dikendalikan sendiri oleh Penghulu.

Mesyuarat Jawatankuasa Dakwah dan Kebajikan

Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Penghulu Mukim Songsang ini telah mengadakan mesyuarat kali pertama pada 25 julai 2010 dengan keanggotaan oleh semua Pengerusi Biro Dakwah dan Pengerusi Biro Kebajikan JKKK dalam Mukim Songsang. Fungsi Jawatankuasa ini adalah untuk memantapkan gerak kerja Dakwah dan Kebajikan Masyarakat diperingkat akar umbi...

Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Belia

Pentadbiran Mukim Songsang telah menubuhkan Jawatankuasa Keselematan dan Belia Peringkat Mukim Songsang sebagai usaha untuk mempertingkatkan kemakmuran setempat. Jawatankuasa ini telag mengadakan mesyuarat pada 19 Jun 2010 dengan dianggotai oleh semua Pengerusi Biro Keselamatan dan Pengerusi Biro Belia JKKK dalam Mukim Songsang

Hari Keluarga Kg Lompat

Penduduk Kampung Lompat telah mengadakan Hari Keluarga pada 18 Julai 2010 dengan dirasmikan oleh YB Dato Chuah Boon Seng, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Mentakab. Aktiviti kemasyarakatan ini telah berjaya merapatkan hubungan kekeluargaan dikalangan penduduk serta menjadi aktiviti yang wajar diikuti oleh penduduk Kampung lain..Pentadbiran Mukim merakamkan tahniah kepada Ketua Kampung dan barisan JKKK serta semua penduduk kg lompat...

Kursus Petugas Banci

Kursus telah diadakan di Wisma Persekutuan bermula pada 30 Jun 2010 hingga 02 Julai 2010. Petugas Banci seramai 151 orang yang telah dialntik diberi pendedahan dan maklumat mengenai gerak kerja banci yang akan dijalankan. Pentadbiran Mukim Songsang berharap supaya semua masyarakat dapat memberikan kerjasama kepada petugas petugas banci yang akan menjalankan tugas untuk Negara...

Mesyuarat Pengurusan Mukim Songsang Bil 3/2010

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Penghulu telah diadakan pada 25 Jun 2010 bermula jam 3.00 petang. Mesyuarat membincangkan :

1. Status terkini perkara perkara yangn telah dibangkitkan.

2. Kemaskini maklumat dan permohonan JKKK.

3. Perkongsian maklumat dikalangan JKKK.

4. Mesyuarat juga bersetuju untuk menubuhkan Koperasi Mukim Songsang Berhad.

Kursus Penyelia Banci

Penghulu Mukim Songsang telah menghadiri Kursus Penyelia Banci pada 18 hingga 20hb Jun 2010 di Bilik Gerakan Daerah Temerloh. Kursus ini bertujuan untuk memberikan kemahiran dan pengetahuan untuk menyelia kerja kerja banci yang akan dijalankan nanti...

PEMERGIAN PENGHULU SAIFUL

Warga Mukim Songsang merakamkan takziah kepada isteri dan ahli keluarga Allahyarham Penghulu Saiful ( Penghulu Mukim Semantan ) yang telah kembali kerahmatullah pada 16 Jun 2010. Moga roh allahyarham dicucuri rahmatNya dan ditempatkan dikalangan para solihin...amin

Seminar Keluarga dan Perundangan Islam

Seminar anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh ini bertujuan untuk memantapkan kefahaman dan kesedaran dikalangan masyarakat mengenai perundangan keluarga menurut perspektif Islam. Kehadiran Penghulu dan masyarakat telah memberi peluang untuk memantapkan kefahaman khususnya dalam urusan kerja seharian yang berhadapan dengan permasalahah rumahtanggan anak mukim.

Mesyuarat Persediaan Banci Penduduk

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YH Dato Pegawai Daerah Temerloh telah diadakan pada 10 Jun 2010 bermula jam 3 petang di Bilik Gerakan Daerah Temerloh yang bertujuan untuk menyelaras kerja banci penduduk dan perumahan yang akan diadakan mulai 06 Julai 2010. Semua Penghulu telah dilantik sebagai Penyelia Banci bagi tujuan memudahkan gerak kerja..

Mesyuarat eKasih DUN Mentakab

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB Dato ADUN Mentakan ini telah diadakan pada 4 Jun 2010 bermula jam 3 petang di Bilik Gerakan Daerah Temerloh dengan dihadiri oleh semua Pengerusi JKKK dalam DUN Mentakab dan Penghulu Penghulu.

Kursus Asas Penghulu

Penghulu Mukim Songsang telah menghadiri Kursus Asas Penghulu di INTAN Kluang, Johor mulai pada 31 Mei 2010 hinggan 03 Jun 2010.

Gotong Royong Perdana Kg Gantok

Aktiviti yang turut melibatkan Jabatan Bomba, Klinik Kesihatan, JKR, Alam Flora, Majlis Perbandaran Temerloh, RELA dan lain lain pihak ini telah dirasmikan oleh YB Dato Haji Saifuddin bin Haji Abdullah, Ahli Parlimen Temerloh. Aktiviti murni ini telah mencapai objektifnya untuk merapatkan kerjasama antara penduduk dengan pemimpin...tahniah kepada barisan JKKK Kampung Gantok dan JKKK Kg Penak, Kg Mambang Berulang, Sungai Dingin , Kg Raja dan Kg Lompat atas kerjasama...

Mesyuarat Pengurusan Bil 2/2010

Mesyuarat telaga diadakan pada 21 Mei 2010 bermula jam 03.00 petang di Bilik Gerakan Mukim Songsang dengan kehadiran ahli mesyuarat yang terdiri dari Pengerusi dan Setiausaha JKKK di dalam Mukim Songsang

Kursus Pengurusan Jenazah

JKKK Kg Paya Keladan dengan Kerjasama JK Masjid telah mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah pada 9 Mei 2010 bermula jam 09.00 pagi di Masjid Kg Paya Keladan. Kehadiran lebihkurang 30 orang peserta telah menjadikan aktiviti ini sesuatu yang sangat berfaedah kepada masyarakat. Pentadbiran Mukim merakamkan tahniah kepada penduduk Kg Paya Keladan atas usaha murni ini...

Mesyuarat Perancangan dan Pembangunan Mukim Bil 1/2010

Mesyuarat telah diadakan pada 23 April 2010 bermula jam 09.00 pagi di Bilik Gerakan Mukim Songsang. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Penghulu ini turut dihadiri oleh wakil wakil Agensi Kerajaan dan GLC serta Pengerusi JKKK. Antara agenda mesyuarat yang dibincangkan adalah :

1. Taklimat mengenai Mukim Songsang oleh Penghulu

2. Isu dan Permasalahan

3. Maklumat dari Agensi Kerajaan dan GLC yang hadir

4. Persefahaman bersama...

Lawatan Kerja ke JKKK Kg Lompat

Lawatan berkenaan telah memberikan maklumat mengenai kedudukan Kampung Lompat yang agak terpencil dan mempunyai masalah banjir setiap tahun. Penduduk Kampung yang ramah mesra merupakan aset kepada kampung ini untuk menjadikan kampung Lompat sebuah perkampungan yang unik dan berdaya maju..

Lawatan Kerja ke JKKK Kg Paya Keladan

Lawatan Kerja telah diadakan pada 15 April 2010 sebagai salah satu usaha untuk mengenali geografi dan masyarakat di Kg Paya Keladan. Lawatan selain ramah mesra bersama penduduk turut melibatkan kawasan Kg Paya Pamah, Kg Paya Keladan dan Kg Paya Petai...

Kunjung Hormat ke YB ADUN Mentakab

Penghulu telah mengadakan Kunjung Hormat kepada YB Dato Chuan Boon Seng, ADUN kawasan Mentakab dan sessi kunjungan ini telah merapatkan hubungan dan perkenalan antara kedua dua pihak khususunya untuk mempertingkatkan komitmen dan keberkesanan mentadbir dan memakmurkan Mumim Songsang. Pentadbiran Mukim merakamkan jutaan terimakasih kepada YB Dato atas layanan mesra dan kesudian menerima kunjungan...

Lawatan Kerja ke JKKK Kampung Raja

Lawatan telah diadakan pada 13 April 2010 yang meliputi Kampung Raja, Kampung Paya Tambahng, Kampung Paya Puyu, Kampung Bukit Nangka dan Kampung Bukit Batu. Kampung Raja merupakan sebuah kampung tradisi yang mempunyai sejarah yang tersendiri....

Lawatan Kerja ke JKKK Tan Sri Yahya

Penghulu telah mengadakan Lawatan Kerja ke JKKK Tan Sri Yahya sebagai usaha mengenali dan mendekati masyarakat Kampung dan memahami situasi sebenar di kawasan pentadbiran JKKK Tan Sri Yahya. Lawatan kerja telah diadakan pada 12 April 2010 yang melibatkan Kampung Tan Sri Yahya, Kampung Paya Mengkuang dan Kampung Desa Murni Songsang...

Gotong Royong Perkuburan Kg Raja

Aktiviti masyarakat ini telah diadakan pada 11 April 2010 bermula jam 9.00 pagi di Perkarangan Masjid dan Perkuburan Kg Raja. Kehadiran masyarakat kampung dan warga asing Indonesia telah memeriahkan aktiviti murni ini.....tahniah kepada Tok Empat Haramaini dan anak buahnya atas usaha masyarakat sebegini...

Mesyuarat JKKK Kg Gantok

Mesyuarat telah diadakan pada 11 Mei 2010 bermula jam 2.30 petang di Balairaya Kg Gantok. Antara agenda yang dijalankan.

1. Memperkenalkan Penghulu Baru kepada barisan AJK dan Penduduk Kampung

2. Membincangkan permohonan projek kecil yang belum dilaksanakan.
1. Pembaikan jalan Gantok ke Gantok Hulu
2. Naik taraf jalan Songsang - Gantok - Tg Kerayong
3. Baik taraf bangunan masjid

3. Membincangkan aduan awam antaranya :
1. Bil Lampu Jalan di Jambatan Gantok
2. Kacauganggu oleh Kenderaan Berat yang menghantar bahan binaan

4. Mesyuarat juga bersetuju untuk mengadakan Gotong Royong Perdana

Mesyuarat Pengurusan Mukim Songsang Bil 1/2010

Mesyuarat telah diadakan pada 7 April 2010 jam 10.00 pagi di Bilik Gerakan Mukim Songsang dan antara agenda yang dibincangkan :

1. Sessi perkenalan antara Penghulu Baru dengan Barisan Ketua Kampung dan Setiausaha JKKK
2. Latarbelakang dan profail Kampung.
3. Peranan dan bidang tugas Penghulu
4. Isu dan Permasalahan Mukim