MUARA SUNGAI SONGSANG

Sekitar Tahun 1780an, Penduduk dari sekitar Kg Berhala Gantang telah meneroka Sungai Semantan untuk mencari bijih timah, emas dan hasil hutan dengan memudiki Sungai Semantan. Selain mencari hasil, penduduk juga telah membuka perkampungan di tebing sungai seperti Kg Songsang, Kg Gantok, Kg Sg Dingin, Kg Chatin hingga ke Kg Janda Baik....

SELAMAT DATANG

Pengunjung laman blog dialu alukan untuk menyumbang berita dan pendapat untuk kebaikan bersama..

MADAH BULANAN

" ILTIZAM UNTUK KEMAKMURAN MUKIM"

Cari Blog Ini

Madah Januari 2011 : " Gagal Merancang Bermakna Merancang Untuk Gagal.."

Khamis, 20 Januari 2011

LAWATAN KERJA KE KG LOMPAT

Lawatan kerja Penghulu untuk Minggu 1 ( 03 - 07 Januari 2011 ) ditumpukan di kawasan pentadbiran JKKK Kampung Lompat. JKKK Kampung Lompat terdiri dari 2 Kampung kecil iaitu Kg Lompat dan Kg Padang Tenggala. JKKK dipengerusikan oleh Encik Samaredin bin Ishak. Antara kemudahan awam yang terdapat adalah :

1. Balairaya
2. Surau
3. Gelanggang Gasing
4. Gelangang Sepak Takraw
5. Surau Lama
6. Jambatan Gantung

Secara umumnya, kemudahan awam yang ada masih ditahap sederhana. Kerja baik pulih dan penyeliaan kemudahaan dan penggunaan yang lebih berkesan perlu diambil tindakan. Contohnya, Surau yang boleh dipertingkatkan kebersihan dan penggunaannya. Gelanggang gasing yang perlu dinaik taraf dan kawasan berpagar, Balairaya yang wajar dibesarkan, surau lama yang perlu diberi nafas semula, gelanggang sepaktakraw yang bersih dari najis kerbau serta lain lain aspek penyelenggaraan.

Masalah utama di JKKK Kg Lompat adalah populasi penduduk yang kurang ramai. Dengan hanya sebanyak 26 buah rumah yang ditadbir, Kg Lompat memerlukan satu anjakan baru dalam menyediakan ruang dan tapak untuk membangunkan rumah rumah khususnya untuk generasi muda.

Kawasan ini berpotensi untuk dijadikan projek Homestay Desa, tetapi kemudahan jalan masuk yang sangat sempit dan berbahaya kepada pengguna merupakan halangan utama kepada projek ini.

Surau lama dan kawasan sekelilingnya amat berpotensi dijadikan Pusat ( kem ) Latihan memandangkan ianya bersebelahan dengan Sungai Semantan.

terdapat 3 orang penduduk yang mengusahakan pengeluaran makanan ringan tetapi masih belum dapat dipasarkan secara komersial. Penyertaan Koperasi adalah dicadangkan untuk mempertingkatkan aktiviti pemasaran pengusaha.

Kegiatan ternakan ikan sangkar adalah aktiviti yang ketara di kawasan JKKK ini. Ianya masih boleh dipertingkatkan sepertimana di Kg Kemboja di Pekan dengan mengambilkira pembekalan makanan dan anak benih yang konsisten.

Ternakan kerbau belum disepadukan dan dijalankan secara besar besaran walaupun kawasan JKKK ini mempunyai kawasan paya yang sangat sesuai untuk ternakan kerbau. Satu perancangan strategik wajar dikenalpasti untuk membangunkan ternakan kerbau secara industri termasuk pusat penyelidikan ternakan kerbau...

Pentadbiran Mukim Songsang berterimakasih kepada Pengerusi dan Ahli JKKK yang telah memberikan kerjasama selama ini...

Selasa, 18 Januari 2011

GOTONG ROYONG TAPAK MASJID LAMA KG RAJA










MASJID LAMA KG RAJA ( KG SONGSANG )



Masjid ini dipercayai telah dibina sekitar tahun 1910 dan pernah terlibat dalam banjir besar 1926. Pembinaan masjid ini yang bersebelahan dengan Muara Sungai Songsang adalah untuk kemudahan penduduk Kampung Songsang dan penduduk sekitar untuk mendirikan solat berjemaah dan lain lain maksud.

Masjid yang dibina dari kayu papan yang dibuat khas oleh kariah dipercayai tidak menggunakan paku dan dengan struktur yang teguh ianya dapat bertahan dari ancaman banjir dan kesan perperangan.

Semasa Perang Dunia ke-2, zaman pendudukan Jepun ke Tanah Melayu, DYMM Sultan Abu Bakar bersama kerabat terdekat telah bersemayam di Kampung Songsang dengan mendiami sebuah rumah bersebelahan masjid ini. Masjid ini selain dijadikan tempat beribadat, juga dibina kubu perlindungan dibawah binaan masjid ini.

Selasa, 11 Januari 2011

SASARAN KERJA TAHUNAN 2011

Penghulu Mukim Songsang telah menyediakan Sasaran Kerja Tahunan - SKT 2011 sebagai salah satu komitmen untuk menjayakan aktiviti aktiviti Pentadbiran dan Pengurusan Mukim Songsang. SKT ini disediakan berpandukan kepada Peranan dan Senarai Tugas Penghulu yang digunapakai semasa. Selain itu, SKT ini juga telah diselaraskan dengan TAKWIM 2011 yang membolehlan SKT menjadi praktikal. Pejabat Penghulu Mukim Songsang mengalu alukan sebarang komen dan pandangan mengenai SKT yang disediakan...


TAKWIM 2011


Pejabat Penghulu Mukim Songsang telah menyiapkan TAKWIM 2011 PEJABAT PENGHULU MUKIM SONGSANG sebagai usaha untuk memantapkan peranan Pejabat Penghulu dalam mencapai Objektif yang telah ditetapkan.

IMBASAN AKTIVITI 2010










PENGHARGAAN 2010

Jamaludin Haji Ayub
Penghulu Mukim Songsang


Salam Ukhwah Untuk Semua Pengunjung....
2010 telah berlalu pergi, tanggal 01 April 2010 saya telah diberi tanggungjawab sebagai Penghulu Mukim Songsang, Daerah Temerloh, Negeri Pahang Darul Makmur. Sesungguhnya keizinanNya menempatkan saya ke jawatan ini sangatlah bermakna didalam rakaman kehidupan saya. Minat dan iltizam yang selama ini sentiasa berkobar kobar untuk menyumbangkan sesuatu untuk Nusa dan Bangsa terjawab dengan amanah ini.

Kepada barisan kepimpinan JKKK di Kampung Lompat, Kampung Raja, Kampung Gantok, Kampung Paya Keladan dan Kampung Tan Sri Yahya yang sentiasa menyokong idea dan pelaksanaan saya mentadbir dan menguruskan Mukim Songsang amatlah saya hargai. Mudah mudahan kerjasama sebegini lebih utuh dan berterusan. Tidak ketinggalan sepanjang komitmen 2010 ini, saya merakamkan penghargaan terimakasih tidak terhingga kepada semua pihak yang membantu dan menyokong....

salam ukhwah dari..

PENGHULU MUKIM SONGSANG

LAWATAN KE PARLIMEN MUKIM MENTAKAB 2

Tok Penghulu Wan

Tok Khaidir dan Tok Din

Posing dalam Muzium Negara

Ahli Rombongan Di Muzium Negara

Sempat Bergambar Bersama YB Datuk Rosnah ( Ketua Puteri UMNO )

YB Dato Saifuddin bersama Tok Din, Tok Wan dan Tok Khaidir

Ahli Rombongan JKKK Mukim Mentakab 2

3 Tok Penghulu : Yang Penting Kerjasama....

Rombongan sempat bergambar bersama Ahli Parlimen Temerloh

Penghulu Mukim Songsang telah dijemput untuk menyertai Lawatan ke Parlimen oleh JKKK Mukim Mentakab 2 pada 13 Disember 2010. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk merapatkan jalinan ukhwah bersama YB Ahli Parlimen Temerloh dan memantapkan iltizam ahli ahli JKKK di Mukim Mentakab 2 untuk tersu menabur bakti...


PEMBAYARAN ELAUN JKKK MUKIM SONGSANG

Pengerusi JKKK Kg Gantok sedang menerima elaun

YB ADUN Mentakab sedang menyampaikan elaun JKKK

Pembayaran elaun ini telah disampaikan oleh YB Dato Chuan Boong Seong, Ahli Dewan Undang Negeri Kawasan Mentakab di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Temerloh. Juga diadakan mesyuarat FOCUS Group DUN Mentakab yang di pengerusikan oleh Y.Bhg Dato Dr Sallehuddin Ishak, Pegawai Daerah Temerloh......warga mukim songsang mengucapkan jutaan terimakasih diatas segala bentuk kerjasama yang telah dilaksanakan..

KEM MOTIVASI REMAJA MUKIM SONGSANG 2010

Peserta didalam bilik darjah...

Aktiviti demostrasi silat sendeng 2 beradik...

Barisan sebahagian tenaga jurulatih dan urusetia

mendengar taklimat di Pusat Kraf Daerah Temerloh

Peserta Kem Motivasi Remaja Mukim Songsang 2010

Pejabat Penghulu Mukim Songsang telah menganjurkan Kem Motivasi ini yang bertujuan untuk mendekatkan kumpulan remaja disekitar Mukim Songsang dengan kegiatan kemasyarakatan dan pembinaan sahsiah yang lebih berkualiti. Seramai 48 orang peserta telah menyertai Kem ini yang telah diadakan di Maahad Tahfiz FAKEH Kg Raja. Aktiviti ini selain mendapat kerjasama Maahad Tahfiz FAKEH, itanya turut dibantu oleh Pertubuhan Kebajikan Keluarga Hj Marwan, Pertubuhan Silat Sendeng 2 Beradik Mukim Songsang dan individu dan pihak lain yang prihtin...Peserta akan dijadikan anak angkat Mukim Songsang dan aktiviti susulan akan diadakan dari semasa kesamasa...