MUARA SUNGAI SONGSANG

Sekitar Tahun 1780an, Penduduk dari sekitar Kg Berhala Gantang telah meneroka Sungai Semantan untuk mencari bijih timah, emas dan hasil hutan dengan memudiki Sungai Semantan. Selain mencari hasil, penduduk juga telah membuka perkampungan di tebing sungai seperti Kg Songsang, Kg Gantok, Kg Sg Dingin, Kg Chatin hingga ke Kg Janda Baik....

SELAMAT DATANG

Pengunjung laman blog dialu alukan untuk menyumbang berita dan pendapat untuk kebaikan bersama..

MADAH BULANAN

" ILTIZAM UNTUK KEMAKMURAN MUKIM"

Cari Blog Ini

Madah Januari 2011 : " Gagal Merancang Bermakna Merancang Untuk Gagal.."

Rabu, 28 Julai 2010

Lawatan Kerja ke JKKK Kg Paya Keladan

Lawatan Kerja telah diadakan pada 15 April 2010 sebagai salah satu usaha untuk mengenali geografi dan masyarakat di Kg Paya Keladan. Lawatan selain ramah mesra bersama penduduk turut melibatkan kawasan Kg Paya Pamah, Kg Paya Keladan dan Kg Paya Petai...

Kunjung Hormat ke YB ADUN Mentakab

Penghulu telah mengadakan Kunjung Hormat kepada YB Dato Chuan Boon Seng, ADUN kawasan Mentakab dan sessi kunjungan ini telah merapatkan hubungan dan perkenalan antara kedua dua pihak khususunya untuk mempertingkatkan komitmen dan keberkesanan mentadbir dan memakmurkan Mumim Songsang. Pentadbiran Mukim merakamkan jutaan terimakasih kepada YB Dato atas layanan mesra dan kesudian menerima kunjungan...

Lawatan Kerja ke JKKK Kampung Raja

Lawatan telah diadakan pada 13 April 2010 yang meliputi Kampung Raja, Kampung Paya Tambahng, Kampung Paya Puyu, Kampung Bukit Nangka dan Kampung Bukit Batu. Kampung Raja merupakan sebuah kampung tradisi yang mempunyai sejarah yang tersendiri....

Lawatan Kerja ke JKKK Tan Sri Yahya

Penghulu telah mengadakan Lawatan Kerja ke JKKK Tan Sri Yahya sebagai usaha mengenali dan mendekati masyarakat Kampung dan memahami situasi sebenar di kawasan pentadbiran JKKK Tan Sri Yahya. Lawatan kerja telah diadakan pada 12 April 2010 yang melibatkan Kampung Tan Sri Yahya, Kampung Paya Mengkuang dan Kampung Desa Murni Songsang...

Gotong Royong Perkuburan Kg Raja

Aktiviti masyarakat ini telah diadakan pada 11 April 2010 bermula jam 9.00 pagi di Perkarangan Masjid dan Perkuburan Kg Raja. Kehadiran masyarakat kampung dan warga asing Indonesia telah memeriahkan aktiviti murni ini.....tahniah kepada Tok Empat Haramaini dan anak buahnya atas usaha masyarakat sebegini...

Mesyuarat JKKK Kg Gantok

Mesyuarat telah diadakan pada 11 Mei 2010 bermula jam 2.30 petang di Balairaya Kg Gantok. Antara agenda yang dijalankan.

1. Memperkenalkan Penghulu Baru kepada barisan AJK dan Penduduk Kampung

2. Membincangkan permohonan projek kecil yang belum dilaksanakan.
1. Pembaikan jalan Gantok ke Gantok Hulu
2. Naik taraf jalan Songsang - Gantok - Tg Kerayong
3. Baik taraf bangunan masjid

3. Membincangkan aduan awam antaranya :
1. Bil Lampu Jalan di Jambatan Gantok
2. Kacauganggu oleh Kenderaan Berat yang menghantar bahan binaan

4. Mesyuarat juga bersetuju untuk mengadakan Gotong Royong Perdana

Mesyuarat Pengurusan Mukim Songsang Bil 1/2010

Mesyuarat telah diadakan pada 7 April 2010 jam 10.00 pagi di Bilik Gerakan Mukim Songsang dan antara agenda yang dibincangkan :

1. Sessi perkenalan antara Penghulu Baru dengan Barisan Ketua Kampung dan Setiausaha JKKK
2. Latarbelakang dan profail Kampung.
3. Peranan dan bidang tugas Penghulu
4. Isu dan Permasalahan Mukim