MUARA SUNGAI SONGSANG

Sekitar Tahun 1780an, Penduduk dari sekitar Kg Berhala Gantang telah meneroka Sungai Semantan untuk mencari bijih timah, emas dan hasil hutan dengan memudiki Sungai Semantan. Selain mencari hasil, penduduk juga telah membuka perkampungan di tebing sungai seperti Kg Songsang, Kg Gantok, Kg Sg Dingin, Kg Chatin hingga ke Kg Janda Baik....

SELAMAT DATANG

Pengunjung laman blog dialu alukan untuk menyumbang berita dan pendapat untuk kebaikan bersama..

MADAH BULANAN

" ILTIZAM UNTUK KEMAKMURAN MUKIM"

Cari Blog Ini

Madah Januari 2011 : " Gagal Merancang Bermakna Merancang Untuk Gagal.."

Ahad, 1 Ogos 2010

PROGRAM RAMAH MESRA MASYARAKAT ORANG ASLI

Program Ramah Mesra Masyarakat Orang Asli Kg Paya Mengkuang ini diserta oleh seramai lebih kurang 40 orang pelajar Jurusan Perakaunan Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Program ini telah diadakan pada 01 Ogos 2010 bermula jam 09.00 pagi hingga 01.00 tengahari. Pelbagai aktiviti sambutan dan ramah mesra telah diadakan dengan kerjasama KEMAS Kg Paya Mengkuang dan Pengerak Masyarakat PAID Temerloh. Turut bekerjasama adalah Tok Batin Kg Paya Mengkuangm JHEOA Temerloh. YB Dato Chuah telah sudi meluangkan masa menyertai aktiviti ini....tahniah dan terimakasih kepada semua..

GOTONG ROYONG DAN AKTIVITI MENEMBAK MUSUH TANAMAN MUKIM SONGSANG

Aktiviti kemasyarakatan ini telah diadakan pada 01 Ogos 2010 bermula jam 8.00 pgi hingga 12.00 tengahari di Masjid Kg Raja, Mukim Songsang. Aktiviti disertai oleh masyarakat Kampung serta penyertaan lebih 60 orang pemilik senjata api. Program telah menerima kehadiran YB Dato Saifuddin, Ahli Parlimen Temerloh dan YB Dato Chuah, ADUN Kawasan Mentakab. Turut meluangkan masa adalah Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Dato Mohd Sharkar. Pentadbiran Mukim merakamkan jutaan terimakasih kepada semua dan tahniah kepada barisan JKKK Kg Raja yang menjadi tuan rumah.....salam ramadhan.

Rabu, 28 Julai 2010

KURSUS PEMBINAAN LAMAN BLOG





Kursus berkenaan telah diadakan di Medan Info Desa Kerdau dengan penyertaan seramai 11 orang peserta yang terdiri dari wakil JKKK dalam Mukim Songsang dan Pembantu Tadbir Pejabat Penghulu. Kursus anjuran bersama Pusat Info Desa Kerdau, Kementerian Luar Bandar dan Pejabat Penghulu Mukim Songsang ini dikendalikan sendiri oleh Penghulu Mukim Songsang dan Penghulu Mukim Mentakab 2.

Pentadbiran ini merakamkan jutaan terimakasih kepada semua yang sudi memabantu kepada kejayaan aktiviti ini...

Mesyuarat Pengurusan Mukim Songsang Bil 4/2010

Mesyuarat ini telah diadakan pada 25 Julai 2010 bagi membincangkan status permohonan projek kecil, aduan awam dan lain lain cadangan untuk kemajuan dan kemakmuran Mukim Songsang. Mesyuarat ini juga telah bersetuju untuk menganjurkan Bengkel Pemantapan JKKK yang akan dikendalikan sendiri oleh Penghulu.

Mesyuarat Jawatankuasa Dakwah dan Kebajikan

Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Penghulu Mukim Songsang ini telah mengadakan mesyuarat kali pertama pada 25 julai 2010 dengan keanggotaan oleh semua Pengerusi Biro Dakwah dan Pengerusi Biro Kebajikan JKKK dalam Mukim Songsang. Fungsi Jawatankuasa ini adalah untuk memantapkan gerak kerja Dakwah dan Kebajikan Masyarakat diperingkat akar umbi...

Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Belia

Pentadbiran Mukim Songsang telah menubuhkan Jawatankuasa Keselematan dan Belia Peringkat Mukim Songsang sebagai usaha untuk mempertingkatkan kemakmuran setempat. Jawatankuasa ini telag mengadakan mesyuarat pada 19 Jun 2010 dengan dianggotai oleh semua Pengerusi Biro Keselamatan dan Pengerusi Biro Belia JKKK dalam Mukim Songsang

Hari Keluarga Kg Lompat

Penduduk Kampung Lompat telah mengadakan Hari Keluarga pada 18 Julai 2010 dengan dirasmikan oleh YB Dato Chuah Boon Seng, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Mentakab. Aktiviti kemasyarakatan ini telah berjaya merapatkan hubungan kekeluargaan dikalangan penduduk serta menjadi aktiviti yang wajar diikuti oleh penduduk Kampung lain..Pentadbiran Mukim merakamkan tahniah kepada Ketua Kampung dan barisan JKKK serta semua penduduk kg lompat...