MUARA SUNGAI SONGSANG

Sekitar Tahun 1780an, Penduduk dari sekitar Kg Berhala Gantang telah meneroka Sungai Semantan untuk mencari bijih timah, emas dan hasil hutan dengan memudiki Sungai Semantan. Selain mencari hasil, penduduk juga telah membuka perkampungan di tebing sungai seperti Kg Songsang, Kg Gantok, Kg Sg Dingin, Kg Chatin hingga ke Kg Janda Baik....

SELAMAT DATANG

Pengunjung laman blog dialu alukan untuk menyumbang berita dan pendapat untuk kebaikan bersama..

MADAH BULANAN

" ILTIZAM UNTUK KEMAKMURAN MUKIM"

Cari Blog Ini

Madah Januari 2011 : " Gagal Merancang Bermakna Merancang Untuk Gagal.."

Khamis, 10 Februari 2011

BANJIR DI MUKIM SONGSANG

Padang Bola Kg Gantok

Tok Penghulu bersama krew sukarelawan melawat Kg Lompat

Muara Sungai Songsang

Menara Pemantau Banjir di Kg Lompat

Penghantaran Bantuan Bekalan Banjir ke Kg Gantok

Syukur kehadrat Allah SWT atas limpah RahmatNya, Mukim Songsang terselamat dari musibah banjir yang serius baru baru ini. Jika sebelum ini, Kg Lompat dijadikan 'penanda aras' mengenai tahap bencana banjir, tahun ini status air tidaklah serius dan tiada sebarang rumah kediaman yang dinaiki air.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa jalan kampung yang terputus hubungan dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan ringan. Tindakan pihak Kerajaan menyediakan jalan keselamatan / jalan alternatif telah membantu penduduk.

Juga dicadangkan agar lokasi jalan yang mudah dinaiki air ini dinaik taraf dengan kerja kerja penambakan jalan atau mengalih laluan yang lebih tinggi.

Pentadbiran Mukim Songsang merakamkan jutaan terimakasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak secara langsung membantu kebajikan masyarakat. Bekalan bantuan banjir juga sempat diagihkan kepada lebihkurang 40 buah rumah yang terputus hubungan.

Khamis, 20 Januari 2011

LAWATAN KERJA KE KG LOMPAT

Lawatan kerja Penghulu untuk Minggu 1 ( 03 - 07 Januari 2011 ) ditumpukan di kawasan pentadbiran JKKK Kampung Lompat. JKKK Kampung Lompat terdiri dari 2 Kampung kecil iaitu Kg Lompat dan Kg Padang Tenggala. JKKK dipengerusikan oleh Encik Samaredin bin Ishak. Antara kemudahan awam yang terdapat adalah :

1. Balairaya
2. Surau
3. Gelanggang Gasing
4. Gelangang Sepak Takraw
5. Surau Lama
6. Jambatan Gantung

Secara umumnya, kemudahan awam yang ada masih ditahap sederhana. Kerja baik pulih dan penyeliaan kemudahaan dan penggunaan yang lebih berkesan perlu diambil tindakan. Contohnya, Surau yang boleh dipertingkatkan kebersihan dan penggunaannya. Gelanggang gasing yang perlu dinaik taraf dan kawasan berpagar, Balairaya yang wajar dibesarkan, surau lama yang perlu diberi nafas semula, gelanggang sepaktakraw yang bersih dari najis kerbau serta lain lain aspek penyelenggaraan.

Masalah utama di JKKK Kg Lompat adalah populasi penduduk yang kurang ramai. Dengan hanya sebanyak 26 buah rumah yang ditadbir, Kg Lompat memerlukan satu anjakan baru dalam menyediakan ruang dan tapak untuk membangunkan rumah rumah khususnya untuk generasi muda.

Kawasan ini berpotensi untuk dijadikan projek Homestay Desa, tetapi kemudahan jalan masuk yang sangat sempit dan berbahaya kepada pengguna merupakan halangan utama kepada projek ini.

Surau lama dan kawasan sekelilingnya amat berpotensi dijadikan Pusat ( kem ) Latihan memandangkan ianya bersebelahan dengan Sungai Semantan.

terdapat 3 orang penduduk yang mengusahakan pengeluaran makanan ringan tetapi masih belum dapat dipasarkan secara komersial. Penyertaan Koperasi adalah dicadangkan untuk mempertingkatkan aktiviti pemasaran pengusaha.

Kegiatan ternakan ikan sangkar adalah aktiviti yang ketara di kawasan JKKK ini. Ianya masih boleh dipertingkatkan sepertimana di Kg Kemboja di Pekan dengan mengambilkira pembekalan makanan dan anak benih yang konsisten.

Ternakan kerbau belum disepadukan dan dijalankan secara besar besaran walaupun kawasan JKKK ini mempunyai kawasan paya yang sangat sesuai untuk ternakan kerbau. Satu perancangan strategik wajar dikenalpasti untuk membangunkan ternakan kerbau secara industri termasuk pusat penyelidikan ternakan kerbau...

Pentadbiran Mukim Songsang berterimakasih kepada Pengerusi dan Ahli JKKK yang telah memberikan kerjasama selama ini...

Selasa, 18 Januari 2011

GOTONG ROYONG TAPAK MASJID LAMA KG RAJA










MASJID LAMA KG RAJA ( KG SONGSANG )



Masjid ini dipercayai telah dibina sekitar tahun 1910 dan pernah terlibat dalam banjir besar 1926. Pembinaan masjid ini yang bersebelahan dengan Muara Sungai Songsang adalah untuk kemudahan penduduk Kampung Songsang dan penduduk sekitar untuk mendirikan solat berjemaah dan lain lain maksud.

Masjid yang dibina dari kayu papan yang dibuat khas oleh kariah dipercayai tidak menggunakan paku dan dengan struktur yang teguh ianya dapat bertahan dari ancaman banjir dan kesan perperangan.

Semasa Perang Dunia ke-2, zaman pendudukan Jepun ke Tanah Melayu, DYMM Sultan Abu Bakar bersama kerabat terdekat telah bersemayam di Kampung Songsang dengan mendiami sebuah rumah bersebelahan masjid ini. Masjid ini selain dijadikan tempat beribadat, juga dibina kubu perlindungan dibawah binaan masjid ini.

Selasa, 11 Januari 2011

SASARAN KERJA TAHUNAN 2011

Penghulu Mukim Songsang telah menyediakan Sasaran Kerja Tahunan - SKT 2011 sebagai salah satu komitmen untuk menjayakan aktiviti aktiviti Pentadbiran dan Pengurusan Mukim Songsang. SKT ini disediakan berpandukan kepada Peranan dan Senarai Tugas Penghulu yang digunapakai semasa. Selain itu, SKT ini juga telah diselaraskan dengan TAKWIM 2011 yang membolehlan SKT menjadi praktikal. Pejabat Penghulu Mukim Songsang mengalu alukan sebarang komen dan pandangan mengenai SKT yang disediakan...


TAKWIM 2011


Pejabat Penghulu Mukim Songsang telah menyiapkan TAKWIM 2011 PEJABAT PENGHULU MUKIM SONGSANG sebagai usaha untuk memantapkan peranan Pejabat Penghulu dalam mencapai Objektif yang telah ditetapkan.

IMBASAN AKTIVITI 2010